SINGKAPAN JENDELA WARONG  

Posted by Warong Warisan Asli in




"Sebuah warong istimewa bagai berada di desa sentosa, diilhamkan untuk warga kota"

Seunik namanya, Warong Warisan Asli wujud sejak September 2005 di Bandar Bukit Tinggi, Klang, ditampilkan dengan kehebatan gaya dekorasi yang berkonsepkan budaya dan adat resam Melayu. Warong Warisan Asli yang penuh dengan ciri kedesaan diilhamkan untuk dipersembahkan kepada pengunjungnya secara asli dan tersendiri dengan mengetengahkan unsur-unsur sebenar tradisi budaya Melayu.


Laluan masuk utama ke dalam Warong melalui pintu gerbang kayu yang terukir indah dan lantaiannya kukuh diserikan dengan panel dinding yang kelihatan kontra memberi mood mengalu-alukan kunjungan setiap tetamu istimewa ke dalam Warong Melayu ini.



Rekaan dalaman yang kelihatan santai sudah pasti akan menggamit perhatian setiap pengunjungnya. Melalui susun atur ruang di dalam Warong yang menggunakan perabot dan perhiasan yang berciri keMelayuan iaitu perabot-perabot berasaskan kayu dengan ukiran yang menarik dan unik berserta hiasan peralatan kegunaan harian masyarakat Melayu di kampung seperti labu sayong, bubu menangkap ikan, replika sampan, lampu minyak tanah, tikar mengkuang, kain batik dan perhiasan unik lainnya termasuk set televisyen, radio dan kipas antik.
.


Kelihatan dua buah pergola di satu sudut di dalam Warong dihiasi dengan aliran air pada dindingnya mencipta suasana yang tenang dan segar bagi pengunjung yang memilih untuk duduk di ruangan itu.



Setiap sudut diperindahkan dengan struktur binaan kayu dengan terdapatnya sebuah wakaf di mana pengunjung boleh menikmati hidangan sambil bersila atau bersimpuh. Dengan meja rendah yang beralaskan kain batik dan tikar mengkuang, ianya seperti berada di rumah kampung datuk dan nenek kita. Manakala ada di sudut yang lain teguh berdiri meja panjang seperti meja di kedai kopi dan dipadankan juga dengan kerusi panjang. Set ruangan makan lain yang ditonjolkan ialah meja kayu dan kerusi rotan di tengah-tengah ruang dalam Warong.


Di luar Warong juga tidak ketinggalan, terdapat sebuah lagi wakaf kayu sepertinya yang begitu menarik suasananya apabila dilimpahi cahaya lampu yang menyelunap di celah-celah pohon hijau rendang pada malam hari memberi pengalman menarik kepada pengunjung Warong.



Tidak lengkap kiranya jika susun atur perabot dan perhiasan di dalam Warong desa ini tanpa limpahan sinaran lampu yang kekuningan di setiap sudut dinding dan silingnya. Kesan pencahayaan itu disenikan lagi dengan sangkar buluh dan ukiran kayu. Seri keMelayuan Warong ini ditambah lagi dengan hiasan dinding dan tiang dengan koleksi kain batik dan hamparan tikar mengkuang. Lebih menarik set pinggan dan cawan lama yang bercorak tentunya membangkitkan nostalgia kepada pengunjung veteren.


Selain dekorasi dan aksesori tradisional yang dipamerkan, suasana Warong yang damai ini dimeriahkan lagi dengan penampilan para pekerja Warong yang memakai seragam pagoda bercorak batik yang ceria menanti kehadiran pengunjung menikmati hidangan dan suasana tradisi Melayu di sini.

Keunikan Warong Warisan Asli menjadi tumpuan bukan saja penduduk sekitar Bukit Tinggi tetapi telah menjadi tatapan rakyat dari luar Klang apabila beberapa majalah dan pihak media televisyen telah menghebahkan kewujudan Warong ini. Majalah Impiana iaitu sebuah majalah yang memaparkan ilham-ilham rekaan landskap dan hiasan dalaman kediaman dan premis telah berkongsi idea dekorasi Warong Warisan Asli kepada semua peminatnya. Begitu juga Program TV3 iaitu rancangan Jalan-Jalan Cari Makan yang di'host'kan oleh Maria Tengku Sabri telah hadir dan menyelongkar isi di sebalik ketenangan dan kesegaran yang terdapat di Warong Warisan Asli melalui suasana yang ditonjolkan dan sudah tentu keaslian masakan Melayu kampung yang bukan saja enak tetapi ditambah lagi dengan penuh tradisi. Warong diberi penghargaan dengan penyerahan plak "Jalan-Jalan Cari Makan TV3" dan digantung sebagai kenangan.


Melengkapkan lagi konsep Warong Warisan Asli, terdapat pelbagai variasi pilihan hidangan bertemakan masakan kampung yang disediakan. Setiap sajian menjadi menu hebat untuk santapan para pengnjung. Masakan berasaskan ayam kampung, ulam-ulaman, kuih-muih tradisional, pelbagai jenis pilihan ikan darat seperti keli, haruan, puyu dan sepat disediakan dalam menu hidangan lengkap berbentuk ala-carte yang pastinya memenuhi citarasa pengunjung. Kehebatan masakan disediakan oleh tukang masak yang berpengalaman dalam penyediaan masakan kampung.

SELERA WARONG  

Posted by Warong Warisan Asli in

"Menu santapan tetap istimewa,
sekelip mata hidangan sedia dirasa"


Antara Hidangan Selera Tempatan:

PILIHAN NASI LEMAK
Nasi Lemak Kukus dengan pelbagai pilihan lauk

ASAM PEDAS WARISAN SPECIAL
Pelbagai Pilihan Ikan















SUP & SOTO

Terdapat Banyak Pilihan Sup & Soto















MASAKAN SAYUR
Sayuran Tempatan & Luar

Terdapat Juga Hidangan Selera Barat/Western:
CHICKEN CHOP
LAMB CHOP
FISH n CHIP

Antara Hidangan Pencuci Mulut/Deserts:
BUBUR, PENGAT, CENDOL, KUIH-MUIH, COCKTAIL, DLL.

KHIDMAT WARONG  

Posted by Warong Warisan Asli in

"Bermacam rasa mampu disedia, pelbagai acara dialu diterima, ruang selesa tetap terjaga, sesiapa pun boleh merasa"

Perkhidmatan:

1- Perkhidmatan Katering

2- Majlis / Jamuan Keraian Individu dan Korporat
3- Buffet RAMADHAN

Kemudahan:

1- Dewan Majlis





2- Dewan Solat



3- Bilik Air Besih dan Selesa


PROMOSI WARONG  

Posted by Warong Warisan Asli in

"Penghargaan Buat Pelanggan Setia"
Bermula Mac 2010, Warong Warisan Asli menerima kunjungan ahli SmartLink2u iaitu pemegang Kad Pra-Bayar MasterCard Ambank-SmartLink2u. Warong Warisan Asli menawarkan 5 S-Point untuk setiap Ringgit yang dibelanjakan.
RM1.00 = 5 S-Point

Kepada pelanggan sedia ada Warong Warisan Asli tetapi bukan pemegang Kad Pra-Bayar MasterCard Ambank-SmartLink2u, anda boleh memohon kad tersebut di kaunter Warong Warisan Asli atau boleh hubungi terus En. Wan (012-4529520). Pelbagai keistimewaan yang akan anda nikmati sekiranya menjadi ahli SmartLink2u seperti:



1. Pertama di Malaysia
2. Nikmati 30% Rebat Tunai Peribadi
3. PERCUMA RM 300.00 baucer beli-belah
4. PERCUMA RM 10,000.00 PA Insuran
5. PERCUMA Kos Pengaktifan
6. Diiktiraf seluruh Dunia
7. Kemudahan Online Shopping
8. Nikmati Ganjaran Bonus Rujukkan (overriding)
9. Nikmati Ganjaran di Setiap Rakan Niaga SmartLink2u

WORLD CUP 2010 SOUTH AFRICA

"Jom 1Dunia, Bersama 1Sorak, Tonton Di 1Warong"

Warong Warisan Asli menjemput semua pelanggan setia Warong dan sesiapa saja yang ingin berkongsi keriangan sempena musim Piala Dunia di Warong Warisan Asli sepanjang berlangsungnya WORLD CUP 2010 SOUTH AFRICA. Bersama kita nikmati suasana meriah dan ceria di sudut panggung Warong Warisan Asli sambil menjamu selera hidangan kampung dan barat yang enak. Ayuh, kita raikan kehangatan WORLD CUP 2010 ini bersama-sama di Warong Warisan Asli. SELAMAT DATANG.

JEJAK WARONG  

Posted by Warong Warisan Asli in

"Jejaki Warong Di Mana Ada"






WARONG WARISAN ASLI
No. 32, Lorong Batu Nilam 3D,
Bandar Bukit Tinggi,
42100 Klang,
Selangor D.E.
No. Te.: 03-3324 6155
Faks: 03-3324 6144


En. Shahrul Adhli (Edy)
Pengurus Operasi
016-2765476